31 Disember 2009

Selamat Kembali Tuan Haji Zaki

Warga SK Tg Langsat mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Tuan Haji Muhammad Zaki bin Hitam setelah menunaikan haji. Kembali dengan keberkatan tanah suci agar memberi sinar kepada pentadbiran SKTL. Selamat kembali dan selamat menyambung tugas.

Kembali ke Sekolah

Setelah hampir sebulan warga pelajar SKTL bercuti, kini tiba masanya kembali ke sekolah. Pastikan segala kelengkapan dan persediaan telah mencukupi. Kami guru-guru menanti kedatangan anda. Bersedialah untuk berjuang meniti kegemilangan. Bersama-samalah kita mencipta kejayaan yang lebih cemerlang berbanding tahun 2009. Semoga tahun 2010 memberikan lebih sinar kepada semua warga SKTL. Selamat Berjuang...

Seorang Lagi Pergi Meninggalkan SKTL

Secara tiba-tiba keputusan perpindahan Cik Afiza Jamaluddin kedengaran tatkala beberapa hari lagi sesi persekolahan bermula. Selamat berpindah ke Melaka. Warga SKTL kehilangan lagi guru yang komited terhadap tugas. Satu kehilangan kepada SK Tg Langsat terutama murid yang selalu berkunjung ke perpustakaan. Semoga kecemerlangan di SKTL diteruskan di sekolah baru.

Selamat Datang

Warga SK Tg Langsat mengucapkan Selamat Datang dan Selamat menjalankan tugas kepada Guru Besar yang baru iaitu Encik Mohamed Abass Bin Roban. Semoga dengan kedatangan Encik Abass memberi sinar baru untuk SKTL terus cemerlang. Juga tidak lupa kepada Guru Pemulihan yang baru iaitu Pn Hasmiza bt Hashim yang baru melaporkan diri. Selamat Bertugas.

Seorang Demi Seorang

Guru yang cemerlang, komited terhadap tugas yang diberi, sentiasa menepati masa dan ringan tulang iaitu Cikgu Mos dan Cikgu Harry pula berpindah ke kampung halaman mereka di Sarawak. Banyak bakti yang telah dicurahkan di SK Tg Langsat. Jasamu tetap dikenang. Selamat berjuang walau dimana berada. Teruskan usaha di USM. Kenangan di SKTL jangan dilupaka. Salam perpisahan juga buat Pembantu Tadbir iaitu Encik Mohd Hazriq bin Ali Jannah yang berpindah ke Kluang. Semoga ceria ditempat baru.