28 Januari 2010
Gotong Royong
30 Januari 2010 (Sabtu) pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan aktiviti rotong royong di sekitar kawasan sekolah. Ibu bapa digalakkan membawa cangkul, pongkes atau apa2 yang dirasakan perlu untuk projek keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Semua ibu bapa dijemput hadir. Panitia Matematik juga akan membersihkan dan menceriakan Bilik Matematik yang menempatkan BBm Matematik.
05 Januari 2010
Selamat Datang kepada Guru-guru KPLI
Panitia Matematik mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di SK Tg Langsat. Cikgu Zamri, Cikgu Hisham, Cikgu Izzah dan Cikgu Asna, semoga anda semua gembira berada di SKTL. Semoga dengan kedatangan kalian dapat bersama-sama berganding bahu meningkatkan prestasi murid-murid SK Tg Langsat. Selamat bertugas.
31 Disember 2009
Selamat Kembali Tuan Haji Zaki
Warga SK Tg Langsat mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Tuan Haji Muhammad Zaki bin Hitam setelah menunaikan haji. Kembali dengan keberkatan tanah suci agar memberi sinar kepada pentadbiran SKTL. Selamat kembali dan selamat menyambung tugas.
Kembali ke Sekolah
Setelah hampir sebulan warga pelajar SKTL bercuti, kini tiba masanya kembali ke sekolah. Pastikan segala kelengkapan dan persediaan telah mencukupi. Kami guru-guru menanti kedatangan anda. Bersedialah untuk berjuang meniti kegemilangan. Bersama-samalah kita mencipta kejayaan yang lebih cemerlang berbanding tahun 2009. Semoga tahun 2010 memberikan lebih sinar kepada semua warga SKTL. Selamat Berjuang...
Seorang Lagi Pergi Meninggalkan SKTL
Secara tiba-tiba keputusan perpindahan Cik Afiza Jamaluddin kedengaran tatkala beberapa hari lagi sesi persekolahan bermula. Selamat berpindah ke Melaka. Warga SKTL kehilangan lagi guru yang komited terhadap tugas. Satu kehilangan kepada SK Tg Langsat terutama murid yang selalu berkunjung ke perpustakaan. Semoga kecemerlangan di SKTL diteruskan di sekolah baru.
Selamat Datang
Warga SK Tg Langsat mengucapkan Selamat Datang dan Selamat menjalankan tugas kepada Guru Besar yang baru iaitu Encik Mohamed Abass Bin Roban. Semoga dengan kedatangan Encik Abass memberi sinar baru untuk SKTL terus cemerlang. Juga tidak lupa kepada Guru Pemulihan yang baru iaitu Pn Hasmiza bt Hashim yang baru melaporkan diri. Selamat Bertugas.
Seorang Demi Seorang
Guru yang cemerlang, komited terhadap tugas yang diberi, sentiasa menepati masa dan ringan tulang iaitu Cikgu Mos dan Cikgu Harry pula berpindah ke kampung halaman mereka di Sarawak. Banyak bakti yang telah dicurahkan di SK Tg Langsat. Jasamu tetap dikenang. Selamat berjuang walau dimana berada. Teruskan usaha di USM. Kenangan di SKTL jangan dilupaka. Salam perpisahan juga buat Pembantu Tadbir iaitu Encik Mohd Hazriq bin Ali Jannah yang berpindah ke Kluang. Semoga ceria ditempat baru.
02 November 2009
Salam Perpisahan
Warga SK Tanjung Langsat kehilangan lagi seorang guru yang berpengalaman. Setelah Guru Besar meninggalkan warga SK Tg Langsat kerana kematiannya akibat darah tinggi kini Guru Penolong Kanan HEM iaitu En Mohammad Najib bin Sulaiman pula berpindah ke SK Pasir Gudang4 yang berpindah setara sebagai GPK KoKurikulum. Seorang guru yang berkaliber dan berpengalaman semasa di SK Tg Langsat membuatkan seluruh warga SK Tg Langsat merasa kehilangannya. Namun sudah ketentuan, beliau pergi jua menyambung khidmat bakti di SK Pasir Gudang 4 pula. Semoga En Najib tetap berjuang dengan prestasi cemerlang. Selamat Bertugas. Salam Perpisahan daripada Panitia Matematik SKTL.
Majlis Anugerah Cemerlang 2009
Majlis anugerah Cemerlang 2009 akan diadakan pada 6hb November 2009 ini. Bertempat di Dewan Harapan SK Tanjung Langsat bermula jam 8:00 pagi. Tahniah kepada semua yang berjaya mendapat kecemerlangan. TAHNIAH...
05 Oktober 2009
Takziah
Panitia Matematik mngucapkan salam takziah kepada semua warga SKTL kerana kematian Guru Besar En. Franky Sim pada 04/10/2009 di rumahnya di Muar.
Langgan:
Catatan (Atom)