29 Julai 2009

BAHAN P&P MATEMATIK TAHUN 6

1. Year 6 Topic 1 - Whole Numbers
2. Year 6 Topic 2 - Fraction
3. Year 6 Topic 3 - Decimal
4. Year 6 Topic 4 and 5 - Percentage and Money
5. Year 6 Topic 6 -Time
6. Year 6 Topic 7 - Length
7. Year 6 Topic 8 - Mass
8. Year 6 Topic 9 and 11 -Volume of liquid and data handling

Pantun : Tugas Guru

A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh lapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak


Dipetik daripada
Laman Blog istimewa2u

Prime Numbers

Apa dia Matematik?

Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

28 Julai 2009

Sejarah Algebra

Perkataan ‘Algebra’ berasal daripada perkataan ‘aljabar’ iaitu tajuk sebuah buku yang ditulis oleh al-Khwarizmi ( 780-850 )Al-Jabbr Wa Al-Muqabala. Cabang ilmu matematik yang penting ini diperkenalkan oleh sarjana matematik dan juga ulama terkemuka Islam iaitu al-Khwarizmi.

Maksud ‘aljabar’ ialah kembalikan. Dalam konteks matematik ia merujuk kepada mengembalikan imbangan pada persamaan dengan meletakkan di sebelah persamaan sesuatu yang diambil daripada sebelah lain. Sebagai contoh:

Jika kita ambil – 4 daripada persamaan x-4 = 8, maka imbangan perlu dilakukan dengan menulis seperti berikut: x = 8 + 4.

Sarjana Islam telah membuat kemajuan yang penting dalam bidang algebra. Persamaan yang melibatkan kuasa dua dan kuasa tiga telah berjaya diselesaikan sebelum pencapaian ahli matematik Renaisance. Penggunaan abjad dalam algebra seperti x, y, a, b dan sebagainya dipelopori oleh Abu al-Hassan Ali Ibn Muhammad al-Qasadi (1412-1487).

Penerokaan bidang algebra oleh al-Khwarizmi merupakan sumbangan yang besar kepada dunia matematik. Algebra bukan sahaja memberi manfaat kepada dunia amnya tetapi juga kepada umat Islam sepertimana yang pernah dijelaskan dengan penuh tawadduk oleh al-Khwarizmi iaitu sebagai satu ibadah untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam hukum syariah seperti faraid, perniagaan, pembahagian tanah dan sebagainya. Sesungguhnya penyelidikan matematik oleh sarjana Islam adalah berdasarkan tanggungjwab (fardu kifayah) untuk membantu masyarakat dan bersifat terarah manakala penyelidikan sarjana Eropah lebih kepada minat individu dan kadangkala tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat.

Sumber Rujukan: Ringkasan Sejarah Sains – Wan Fuad Wan Hassan – Jabatan Geologi UKM.

Terima Kasih

Terima Kasih kepada PKG Pasir Gudang terutamanya En. Halimi yang banyak membantu dalam menyiapkan blog ini. Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua warga pendidik. Terima kasih daun keladi, ada masa anjurkanlah lagi.

Back To Basic

CD Modul Back To Basic akan diedarkan kepada sekolah-sekolah. CD ini adalah usaha yang dijalan kan oleh Jabatan Pelajaran Johor untuk membantu guru-guru matematik negeri Johor. CD ini mengandungi bahan-bahan yang boleh digunapakai semasa proses P&P seperti bahan powerpoint, soalan-soalan fakta asas, contoh-contoh bahan bantu mengajar dan banyak lagi.

Panitia Matematik Ke Gerbang Maya

Panitia Matematik SK Tanjung Langsat mengucapkan Selamat Datang kepada semua warga Pendidik dan semua pelawat. Blog ini baru dilancarkan setelah Ketua Panitianya iaitu En Hasrul Ismail berkursus membina blog di PKG Pasir Gudang pada 28 Julai 2009. Semoga dengan adanya blog ini dapat memberikan ruang perkongsian idea terutama dalam subjek Matematik.