30 Ogos 2009

Salam Ramadhan


Segala puji bagi Allah swt. Kepada-Nya kita memberikan pujian, meminta pertolongan, dan memohon ampunan. Kepada-Nya pula kita meminta perlindungan dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan.

Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberikannya petunjuk.

Sesungguhnya saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.

Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya dan mengurangkan aktiviti duniawi. Insyaallah.

Ikhlas daripada Panitia Matematik

Al-Khawarizmi Ilmuan Matematik Islam

:: Al-Khawarizmi (800-847) ::

... Tokoh terbesar pada masa keemasan Baghdad. Salah seorang penulis Muslim yang menggabungkan ilmu matematik klasik barat dan timur, mengklasifikasikan dan akhirnya membangkitkan kesedaran daratan Eropah ...

Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi hidup pada zaman khalifah al-Ma/mun (813-833) iaitu ketika zaman khalifah Abasyiah, di kawasan Khwarizmi, sebuah daerah di timur laut Kaspia.

Al-Khawarizmi adalah seorang ilmuan genius pada masa keemasan Baghdad yang sangat besar sumbangannya terhadap ilmu algebra dan aritmetika. Karyanya, kitab Aljabr Wal Muqabalah merupakan pertama kalinya dalam sejarah di mana istilah algebra muncul dalam konteks disiplin ilmu. Karangan itu sangat popular di negara-negara barat dan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Latin dan Italia. Bahasan yang banyak dinukil oleh ilmuwan barat dari karangan Al-Khawarizmi adalah tentang persamaan kuadrat.

Dalam bidang aritmetika, Al-Khawarizmi menulis kitab Al-Jam wal Tafriq bi Hisab al-Hid (Book of Addition Substraction by the Methode Calculation). Edisi asli berbahasa Arab telah hilang, tetapi versi lainnya ditemukan pada tahun 1857 di perpustakaan Universiti Cambridge. Karya Al-Khawarizmi itu dikenal sebagai buku pelajaran pertama yang ditulis dengan menggunakan sistem bilangan desimal. Meskipun masih bersifat dasar, ini merupakan titik awal penyeimbangan ilmu matematik dan sains. Di Eropah, karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai Alchwarizmi, Alkarismi, Algorithmi, Algorismi. Para pelajar Eropah mengaitkan Al-Khawarizmi dan New Arithmetic yang pada akhirnya menjadi basis notasi angka, di mana notasi penulisan angka Arab dikenal dengan Algorism atau Algoritma.

Setelah Al-Khawarizmi meninggal, keberadaan karyanya beralih kepada komuniti Islam termasuk menjabarakan bilangan dalam sebuah methode perhitungan. Dan tentunya, tidak dapat kita lupakan karyanya seperti huruf-huruf algebra, algoritma, penulisan notasi angka nol, nilai akar bilangan, dan dalam bidang lainnya.

15 Ogos 2009

Tema dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

14 Ogos 2009

07 Ogos 2009

SALAM PERPISAHAN

Panitia Matematik SK Tg Langsat kehilangan 2 tenaga pengajar. En Arman bin Arip dan Pn Hildawati bt Sohar yang berpindah ke SK Tg Puteri Resort berkuatkuasa 3 Ogos 2009 yang lalu. Sepanjang kedua-dua guru ini berada di SK Tg Langsat, banyak usahasama yang telah dijalankan dalam Panitia Matematik. Kedua-duanya merupakan guru yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dalam program-program Panitia yang dijalankan. Semoga usaha anda berterusan walau di mana anda berada. Kami guru-guru Matematik merasakan kehilangan dengan perpindahan kalian. Kami semnua berdoa agar kalian berbahagia di sekolah baru. Kenangan di SK Tg Langsat jangan dilupakan. Salam Perpisahan.